Sunday, May 8, 2011

Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!

Friday, May 6, 2011

Tidak salah bersedih dengan musibah. Tidak salah terasa menderita sewaktu mentaati perintah Allah. Namun jangan membantah dengan sombong. Dan jangan bersedih secara keterlaluan. Apakah kita tidak yakin lagi Allah Maha Mengasihi dan Maha Mengetahui?


Thursday, May 5, 2011

Menangis

Sesungguhnya ak dah tak mampu untuk itu..

Tapi disaat ak mahu berangkat pulang ke Perlis.. 3 mei 2011. Air mata ak mengalir. Bukan kerana ak kesal mengambil keputusan untuk pulang. Tapi ak berasa terlalu bersyukur dengan bantuan dari Allah. Ak hamba yang teralu hina. Penuh dgn dosa. Tapi Dia masih membantu ak. Ya Allah sesungguhnya kau maha Pengasih lagi maha Penyanyang. Sesungguhnya RahmatMu terlalu luas Ya Allah..

Di saat ak kehilangan, Tuhan kurniakan aku begitu banyak kasih saying. Terlalu banyak.. sehingga ak rasa ak tak layak untuk itu… ak tahu ak pasti akan berasa kesunyian. Taki Kau Ya Allah telah tunjukkan pada ak. Jangan bersedih.. sesunggunya Aku sentiasa bersama Kamu. Ya Allah…. Terima Kasih

Maisarah..

Terima kasih.. kenangan di tasik. Luhan dari jiwa.. telah banyak jadi ikhtibar pada ak.. hadiah yang kau kasi jadi pembakar semangat buat ak. Ingat lagikan mcm mana pagi tu dengan tak mandi ak ikut ko round satu shah alam dengan moto. (giler laju mcm nak tercabut nyawa) ko bawak ak tepi tasik. Ko byk sedarkan ak.. untuk Redha dengan setiap ketentuan Allah. Terima Kasih Mai..

Bila ak tiba di Perlis. Tipu lah kalau ak kate ak boleh lupakan semua. Ye. Ak berasa kecewa. Satu perasaan yang ak cuba ak buang tapi tak boleh. Ak cuba. Positifkan diri bila melelapkan mata. Tapi ak tetap bangun dalam kekecewaan dan ketakutan. Ya Allah. Di saat ak jauh dr keluarga dan kawan-kawan. Ak hanya mengharap kehadiran Mu di sisiku Ya Allah… moga kesakitan yang ak lalui ini menjadi titik perubahan pada diri ak. Moga Ujian ini akan menjadikan ak hamba Mu yang lebih dekat dengan Mu Ya Allah…

Saturday, April 30, 2011

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu kebaikan hari ini, kemenangannya, pertolongannya, cahayanya, keberkatannya, dan petunjuknya. Dan aku memohon perlindunganMu dari kejahatan yang ada didalamnya dan kejahatan yang ada sesudahnya.

Amin

Esok dan seterusnya.. cabaran sebenar yang harus dihadapi.. kuat zai kuat

kalau ak tak mampu nak bahagiakan diri sendiri, sekuran-kurangnya ak kena kuat untuk bahagiakan orang-orang disekeliling ak..

sabar lah.. Allah did not promise that the way would be easy. But He did promise that He would be with you in every single step in your life as long as you want Him to. You are not alone zai =)

kalau tak kuat pun. pretanding to be strong pun cukup la zai

Friday, April 29, 2011

huaaa

hoi hoi hoi.. penat la nak cite sedih-sedih.. tak kose mak

tu diaaaa banyak giler kuih deram,tempeyek gan mee siput... OMG mak ak p suro kasik kat sv la.. org2 perlis la.. haih haih haih

aku rasa nak p hantar pos laju je.. tak larat la nak mengangkut naik ketapi oii..

Thursday, April 28, 2011

Ya Allah..

Ak tak tau mcm mana nak hadapi ni semua. ak rasa ak kuat takpi tah laa...

kenapa ayah dengan mama asyik sebut pasal dia. Tolong la... anakmu ni dah terlalu derita

tak tau ke ayah sbb dia bertahun2 ak derita.. sebab dia juga ak pulang ke kampung. ak tinggalkan segala2nya. dan sebab dia juga anakmu sakit.. tolong la ayah mama mengertilahhh...

ak bukan kuat sangat.. takpi ak belajar untuk kuat. walaupun tiap2 malam ak tido dalam kekecewaan dan bangun dalam ketakutan..

tolonglah ak untuk menerima segala2nya dengan redha Ya Allah...

move on zai.. ak cuba buang semua kenangan ni. pedih. takpi kau. masih mampu bergembira. tak mengapa.. memang itu yang ak mahukan. berbahagia lah. ak mampu tahan derita ni. ak mampu. InsyaAllah. kuat lah zai kuatlah...

Hamekkk kaw

haih.. once again gastric teruk tahap petala kelapan ( hyperbola tak beragak) ahaha
punca sbb buka puasa dengan makan pedas. agak bongok la kan dah tau memang ada gastrik lg mau mkn pedas. ko mmg nak kene lempang sedas agaknya. haih

takpi kalau ikotkan boleh je ak nak handle sakit ni.. takpi tak tau kali ni melarat sampai seminggu. disebabkan tahap seteress meningkat.. memang penawarnya hanyalah balik kampung ( alasan sangat kannnnnnnn)

masuk hari jumaat.. tahap keasidan perut telah naik ke dada.. serius ak rasa pedih hulu hati yg amat sangat. dah rasa mybe dah nak sampai ajal ni.. Ya Allah.. naik train malam tu jugak.. terpaksa gak beli nasi dlm cafe train sbb nk makan ubat. dah la mahaaalll sgt. takpi haram ak mkn sesudu wat syarat untuk mkn ubat..

sampai dalm 5 pagi. serius train malam tu memang rempit derr.. laju giler.. sampai kl sentral ingat nak amik tren ke seremban n terus balik muo. tapi tak larat. nak pitam da rasa. so amik train p ukm. thanx sri n teha.. i owe both of u a lot... petang tu sri bawak ak p klinik. sbb dah sgt2 tak larat. hamek kaw.. kene RM 65.. dalam tangan ada RM 40 je. owh sadis. takpi Sri hulur RM 50.. hm. Ya Allah malu rasanye. takpi dia berkeras nk bayar gak.. Ya Allah moga kau kurniakan sebaik2 balasan buat sahabat ku.

and malam tu mula la sesi luahan perasan. kenape sebenarnye ak bole jd mcm ni. terlalu banyak yg diceritakan . dan terlalu banyak semangat yg korg beri tuk ak. Accepting fate is important. Redha dan ikhlas terima ujian dariNya.

Pulang ke muo dgn keadaan tak bermaya. Thanx teha n Dan sbb hantar ak sampai Seremban. Paling terharu bila nak bayar dutit minyak teha ckp.. zai ak tak nak ape juz ak nk tgk ko kuat n sehat. tu je.. Ya Allah.. sesungguhnya ak percaya setiap ujian dari Dia pasti akan datang skali dengan Nusrah (bantuan) dan bantuan dariNya adalah sahabat2 ak yang terlalu baik.. sangat baik. May allah reward you for your kindness. Amin

selamat sampai ke rumah dengan keadaan yang agak lemah.

You'll never know how strong you are until being strong is the only choice you have left.Allah certainly has unique ways to show His love -Allahyarham Dr. Mas Afzal. Al-fatihah


Wednesday, February 23, 2011

The end

The end. TAMAT. Moga diberi kekuatan. Amin =)

Sunday, January 16, 2011

i'm back.chewah.

bajet macam artis pulek.

janji dgn diri sendiri bila dah pindah ke Perlis akan strat blogging.

Ala bajet nak tulis kisah hidup diperantauan. (poyo bajet ko duk saudi Arabia ke zai)

tape haremmmm. Busy ok Busy ( sambil betulkan spek)! ceh tapi dekat 3 bulan duk sini dah 3 movie ak layan kat jitra. perangai macam haram. Busy la kononkan.

Nway hidup makin sibuk. learn a lot of new things everyday. Tempat aku kerja aka belajar ni tottaly environment dia lain dari masa kat UKM dulu. Kampus dah konpem2 la berterabur satu negeri ni. bukan daerah ok. negeri. jenuh.

kat sini ak belajar engineering. tu la takde basic tetibe nk further engineering. hamek ko. melopong ak. tu belum kene blajar pilot plan. terngaga tengok mesin besar gajah nuh. Sini more kepada chemistry. no DNA2. no molecular.no electrophoresis. semua pakat2 gune HPLC,GSMC, FTIR. Jenuh otak ak nak hadam benda ni semua. tu belum lg tuk projek thesis kene masukan modelling.

Takpi ok la. overall aku rasa selesa kat sini. Alhamdulilah supervisior pun baik. pada aku better kat sini dari kat tempat dulu. makan hati. sigh

Hari tu tetiba dalam 2 minggu macam tu dah kene start lab work tuk masuk ekspo penyelidikan. kelam kabut. dah la lab baru. nak mencari barang kat mane bukan main haru biru. siap kene perli lagi dengan mami jarum . Hangit je ak rasa.( yang ni lain masa ak story naaa) penat la jugak. berminggu ak berbau hanyir ikan. geli mak. takpi akhirnye dlm kelam kabut tu menang jugak gold medal uuuu.. ko ado?? ( belagak kemain hang ni)

And now ak kene move on hidup kat sini. move on move on move on. Proposal tak siap lagi. Lab work tuk Dr ak p conference kat dubai belum complete. serius ak sangat banyak kerja. And sometime i feel alone. takpi tak boleh ni pilih aku. Insyaallah ak takkan menyesal. wish me luck bebeh


Dah fullstop. kerja zai kerja