Sunday, May 8, 2011

Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!

Friday, May 6, 2011

Tidak salah bersedih dengan musibah. Tidak salah terasa menderita sewaktu mentaati perintah Allah. Namun jangan membantah dengan sombong. Dan jangan bersedih secara keterlaluan. Apakah kita tidak yakin lagi Allah Maha Mengasihi dan Maha Mengetahui?


Thursday, May 5, 2011

Menangis

Sesungguhnya ak dah tak mampu untuk itu..

Tapi disaat ak mahu berangkat pulang ke Perlis.. 3 mei 2011. Air mata ak mengalir. Bukan kerana ak kesal mengambil keputusan untuk pulang. Tapi ak berasa terlalu bersyukur dengan bantuan dari Allah. Ak hamba yang teralu hina. Penuh dgn dosa. Tapi Dia masih membantu ak. Ya Allah sesungguhnya kau maha Pengasih lagi maha Penyanyang. Sesungguhnya RahmatMu terlalu luas Ya Allah..

Di saat ak kehilangan, Tuhan kurniakan aku begitu banyak kasih saying. Terlalu banyak.. sehingga ak rasa ak tak layak untuk itu… ak tahu ak pasti akan berasa kesunyian. Taki Kau Ya Allah telah tunjukkan pada ak. Jangan bersedih.. sesunggunya Aku sentiasa bersama Kamu. Ya Allah…. Terima Kasih

Maisarah..

Terima kasih.. kenangan di tasik. Luhan dari jiwa.. telah banyak jadi ikhtibar pada ak.. hadiah yang kau kasi jadi pembakar semangat buat ak. Ingat lagikan mcm mana pagi tu dengan tak mandi ak ikut ko round satu shah alam dengan moto. (giler laju mcm nak tercabut nyawa) ko bawak ak tepi tasik. Ko byk sedarkan ak.. untuk Redha dengan setiap ketentuan Allah. Terima Kasih Mai..

Bila ak tiba di Perlis. Tipu lah kalau ak kate ak boleh lupakan semua. Ye. Ak berasa kecewa. Satu perasaan yang ak cuba ak buang tapi tak boleh. Ak cuba. Positifkan diri bila melelapkan mata. Tapi ak tetap bangun dalam kekecewaan dan ketakutan. Ya Allah. Di saat ak jauh dr keluarga dan kawan-kawan. Ak hanya mengharap kehadiran Mu di sisiku Ya Allah… moga kesakitan yang ak lalui ini menjadi titik perubahan pada diri ak. Moga Ujian ini akan menjadikan ak hamba Mu yang lebih dekat dengan Mu Ya Allah…

Saturday, April 30, 2011

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu kebaikan hari ini, kemenangannya, pertolongannya, cahayanya, keberkatannya, dan petunjuknya. Dan aku memohon perlindunganMu dari kejahatan yang ada didalamnya dan kejahatan yang ada sesudahnya.

Amin

Esok dan seterusnya.. cabaran sebenar yang harus dihadapi.. kuat zai kuat

kalau ak tak mampu nak bahagiakan diri sendiri, sekuran-kurangnya ak kena kuat untuk bahagiakan orang-orang disekeliling ak..

sabar lah.. Allah did not promise that the way would be easy. But He did promise that He would be with you in every single step in your life as long as you want Him to. You are not alone zai =)

kalau tak kuat pun. pretanding to be strong pun cukup la zai

Friday, April 29, 2011

huaaa

hoi hoi hoi.. penat la nak cite sedih-sedih.. tak kose mak

tu diaaaa banyak giler kuih deram,tempeyek gan mee siput... OMG mak ak p suro kasik kat sv la.. org2 perlis la.. haih haih haih

aku rasa nak p hantar pos laju je.. tak larat la nak mengangkut naik ketapi oii..

Thursday, April 28, 2011

Ya Allah..

Ak tak tau mcm mana nak hadapi ni semua. ak rasa ak kuat takpi tah laa...

kenapa ayah dengan mama asyik sebut pasal dia. Tolong la... anakmu ni dah terlalu derita

tak tau ke ayah sbb dia bertahun2 ak derita.. sebab dia juga ak pulang ke kampung. ak tinggalkan segala2nya. dan sebab dia juga anakmu sakit.. tolong la ayah mama mengertilahhh...

ak bukan kuat sangat.. takpi ak belajar untuk kuat. walaupun tiap2 malam ak tido dalam kekecewaan dan bangun dalam ketakutan..

tolonglah ak untuk menerima segala2nya dengan redha Ya Allah...

move on zai.. ak cuba buang semua kenangan ni. pedih. takpi kau. masih mampu bergembira. tak mengapa.. memang itu yang ak mahukan. berbahagia lah. ak mampu tahan derita ni. ak mampu. InsyaAllah. kuat lah zai kuatlah...